Tentang materialpro
Setiap bangunan bermula dengan senarai bahan.
materialpro ialah perisian perolehan untuk industri pembinaan. Setiap pesanan bahan disimpan dalam satu rekod, dari permohonan di tapak hingga invois yang dibayar oleh pasukan akaun, supaya mereka yang membina, membeli dan membayar merujuk fakta yang sama.

01Mengapa kami wujud
Satu pesanan besi tetulang. Enam format. Tiada siapa pegang keseluruhan ceritanya.
Dalam kebanyakan projek, maklumat di sebalik satu pesanan bahan sudah bertaburan sebelum besi pun sampai.
Isnin 7:12 pagi
Gambar dalam kumpulan WhatsApp
Telefon penyelia tapak
Isnin 9:40 pagi
Satu baris dalam hamparan Excel
Komputer riba pembeli
Selasa
Tiga sebut harga melalui e-mel
Tiga peti masuk
Rabu
PO ditaip semula daripada sebut harga
Sistem perakaunan
Isnin depan
Nota hantaran salinan karbon
Laci di kabin tapak
Hujung bulan
Invois dalam PDF
Peti masuk akaun
Setiap kali kerja bertukar tangan, ada ruang untuk tersilap: harga yang tidak pernah dipersetujui, hantaran tak cukup yang tiada siapa catat, invois yang tetap mengebil muatan penuh. Bukan kerana cuai. Itulah yang berlaku apabila fakta tentang satu pesanan tersimpan di enam tempat.
02Apa yang kami bina
Bagi kami, satu pesanan bahan sepatutnya satu rekod.
Dalam materialpro, permohonan dari tapak, sebut harga, pesanan belian, penghantaran dan invois dipautkan sejak awal. Pasukan tapak bekerja dari telefon, pejabat merujuk rekod yang sama, dan setiap invois disemak dengan apa yang dipesan dan apa yang benar-benar sampai sebelum sesiapa meluluskannya.
Lihat setiap langkah
03Apa yang kami percaya
Empat prinsip di sebalik setiap skrin yang kami hasilkan.
Tapak paling tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Apa yang sampai, apa yang kurang, apa yang dipulangkan: semuanya direkod di pintu tapak oleh orang yang melihatnya sendiri, berserta gambar. Bukan dicantum semula dari ingatan sebulan kemudian.
Kawalan tidak sepatutnya membuang masa sesiapa.
Kelulusan, bajet dan jejak audit terbina dalam kerja harian. Pengarah boleh meluluskan dari telefon dalam beberapa saat, dan rekod siapa buat apa tersimpan dengan sendirinya.
Setiap orang yang mengurus bahan patut ada akaun sendiri.
Sebab itu setiap pelan dikenakan satu harga tetap bagi setiap syarikat, dengan pengguna tanpa had. Tiada siapa perlu meminjam akaun rakan sekerja untuk mengesahkan penghantaran.
Kalau lebih lambat daripada satu panggilan telefon, ia belum siap.
Orang pembinaan sentiasa sibuk dan jarang di meja. Kami mereka bentuk untuk skrin kecil, tangan yang penuh dan lima minit di antara kerja lain.

Dalam kebanyakan projek, perolehan bukan satu jabatan. Ia penyelia tapak, pembeli dan akauntan yang cuba bersetuju tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Kami membina untuk tiga orang ini, dan untuk pengarah yang perlukan jawapan mereka sebelum menandatangani.
04Untuk siapa
Dibina untuk semua orang di antara lukisan dan pembayaran.
Satu rekod, lima tugas berbeza. Setiap orang melihat bahagian yang mereka perlukan, dan tiada siapa perlu mengejar orang lain untuk tahu status sesuatu pesanan.

- TapakPenyelia tapak, jurutera tapak
- Buat permohonan bahan dengan tarikh diperlukan, terima penghantaran berdasarkan PO, dan rekod barang yang kurang atau ditolak berserta gambar.
- PerolehanPembeli, pegawai pembelian
- Hantar satu RFQ kepada beberapa pembekal, bandingkan baris demi baris, pecahkan award kepada beberapa pembekal dan keluarkan PO.
- KomersialJuruukur bahan, pengurus kontrak
- Jejaki kos komited berbanding anggaran mengikut kod kos, dan semak sejarah harga sebelum bersetuju dengan sesuatu kadar.
- AkaunPasukan kewangan dan akaun
- Padankan setiap baris invois dengan PO dan penghantaran, dan bayar hanya untuk apa yang dipersetujui dan diterima.
- PengurusanPengarah, pemilik syarikat
- Luluskan pesanan besar dari telefon dan lihat perbelanjaan komited setiap projek sebelum ia menjadi kejutan.
05Ringkasnya
Versi ringkas.
- Syarikat
- MaterialPro Inc.
- Produk
- Perisian perolehan untuk kontraktor dan subkontraktor pembinaan
- Harga
- Satu harga bulanan tetap bagi setiap syarikat, pengguna tanpa had
- Pengebilan
- Pelan tahunan, sebut harga mengikut syarikat
- Hubungi kami
- enquiry@materialpro.io
Bawa pesanan anda yang seterusnya ke dalam satu rekod.
Tunjukkan kepada kami cara pasukan anda membeli bahan hari ini, dan kami akan tunjukkan pesanan yang sama dalam materialpro.
